"WANITA SOLEHAH SRIKANDI UMMAH"
"WANITA SOLEHAH SRIKANDI UMMAH"
PENGENALAN
Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam (PERKIWISA) ditubuhkan dengan membawa misi dan visi untuk memperkasakan aktiviti kebajikan masyarakat, pembangunan wanita dan keluarga, motivasi, pendidikan dan ekonomi. Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memperkasakan pembangunan modal insan, kekeluargaan dan wanita, PERKIWISA bergerak aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti kebajikan dan motivasi di dalam dan luar negara.
VISI
• Meningkatkan perpaduan dan penyatuan ummah di kalangan wanita Islam
•Memperkasakan wanita Islam ke arah kualiti hidup yang holistik di kalangan ahli dan masyarakat.
MISI
•Memperkukuhkan akhlak dan jati diri melalui program dan aktiviti yang efektif bagi mencapai ketenangan qalbu dan minda.
• Membina institusi kekeluargaan yang menitikberatkan rasa kasih sayang dan cinta antara ahli dan bukan ahli, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Perkiwisa juga mengalu-alukan sebarang infak untuk kelancaran program-program yang di jalankan.